
Kursus Refresher Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 tahun 2026 iaitu Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan telah dijalakan di Bilik Latihan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia , W.P. Labuan pada 23 September 2026. Kursus ini telah dihadiri oleh 50 orang pegawai kerajaan yang terlibat dengan Pengurusan Emolumen di Jabatan masing-masing.
Objektif kursus ini dijalankan untuk memberi penerangan Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen (gaji dan elaun) pegawai awam persekutuan secara teratur dan seragam.Memastikan pematuhan peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan dan menyelaras pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)



