
LABUAN – Kursus Generik Zon Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Elaun dan Kemudahan Sektor Awam pada 19 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Bilik Rafflesia, Ujana Kewangan W. P. Labuan. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Norlilah Binti Mostem, Akauntan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan elaun, tuntutan dan kemudahan sektor awam selaras dengan peraturan dan pekeliling semasa. Sepanjang kursus berlangsung, peserta turut didedahkan dengan tatacara pengurusan kewangan yang cekap, teratur dan berintegriti bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur kewangan kerajaan.



