
LABUAN, 22-24 April 2026 - Kursus Generik Zon Sabah Kursus iGFMAS Modul Account Receivable (AR) anjuran Institusi Perakaunan Negara (IPN) telah dijalankan pada 22 hingga 24 April 2026, di Bilik Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kursus dihadiri oleh 20 orang peserta daripada Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan daripada pelbagai Jabatan. Penceramah kursus disampaikan oleh Encik Mohammad Asyraf bin Sait dan dibantu oleh Fasilitator Puan Jhessieca Freda Kalang daripada JANM Limbang.
Dengan adanya Kursus Generik iGFMAS Modul Account Receivable (AR) yang melibatkan sistem ini, diharapkan peserta lebih memahaminya terutama pegawai baharu dan peserta kursus boleh berkongsi ilmu tersebut dengan pegawai di Jabatan masing-masing



