Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

IMG 20260415 WA0060 resize

LABUAN, 15 April 2026 - Telah berlangsung Kursus Dalaman Pengurusan Stress “Minda Sihat” bertempat di Bilik Mesyuarat, anjuran JANM Cawangan W.P. Labuan. Kursus ini telah disampaikan oleh Cikgu Arif HJ Tamri (KB:PA) Kaunselor Pendidikan Negeri, daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja tentang kepentingan pengurusan stress yang berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran tugasan harian yang semakin mencabar. Kursus ini turut memberi penekanan kepada kesejahteraan mental sebagai asas kepada produktiviti dan keharmonian di tempat kerja.