Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam

PENGUMUMAN:

YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam

Adalah dimaklumkan, semakan tambahan (second validation) ke atas pembayaran emolumen pegawai awam akan dilaksanakan pada suku pertama 2023 bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.

Sehubungan itu YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, perlu memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank di dalam sistem iGFMAS adalah SAMA dengan maklumat di sistem bank.

Perbezaan maklumat antara sistem iGFMAS dan sistem bank akan menyebabkan pembayaran gaji pegawai tidak berjaya.

Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk menyemak dan mengemas kini maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank (jika perlu) di dalam sistem iGFMAS atau sistem bank.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)